Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bertanya kepada iblis,"wahai iblis laknatullah,apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."
Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 60 yang bermaksud:
"...Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan"
Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T., lalu berkata," Ya Rabbi! Demi Kemuliaan-Mu,aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."
Kemudian turun firman Allah yang bermaksud," Hai Mala;un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun daripada-Ku."
Rasulullah S.A.W. bertanya pula,"Wahai iblis laknat,apa lagi yang engkau musykilkan?"iblis lalu menjawab,"Ya Rasulullah S.A.W. A. sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku denagan melakukan maksiat
2) Mereka sangat marah kepadaku,tetapi mereka sentiasa menurut hasutanku."
Allah S.W.T. berfirman ." Hai Mala'un!Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku,sesungguhnya umat Muhammad itu ada dua kebahagiaan:
1) Kasih mereka itu kepda -Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana terpedaya dengan mu
2) Marah mereka kepada kamu akan Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."
Sabda Rasulullah S.A.W. ,maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah dan beristighfar kepada Allah S.W.T. dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu kerana iblis berkata." Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa manakala aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan Istighfar." (Riwayat Abu Ya'ala r.a.)
TUNTASNYA,BANYAKKANLAH KITA MENYEBUT KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH DAN ISTIGHFAR KERANA KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI FADHILAT YANG BESAR.....
Rujukan: Salman Al-Farisi(2009).Himpunan Kisah-Kisah Teladan Siri 1,Kuala Lumpur,
Penerbitan Nurulhas
Dicatat oleh
hafizi al-hafiz
0 ulasan:
Post a Comment