MOTIVASI DAKWAH

"TAKUTLAH KAMU DENGAN FIRASAT ORANG MUKMIN KERANA SESUNGGUHNYA DIA MELIHAT DENGAN NUR ALLAH"


Terbuai aku dikala itu

menikmati hangatnya wajah dunia
terbuai leka di persinggahan sementara

kubiarkan hembus angin membelaiku
kubiarkan dentuman guruh menderauku
kurelakan rintik hujan menjamahku
sehingga menghantarku
pada mendung tak bermentari

Terkulai aku dikala itu

rasa nikmat yang kutelan hanya sesaat
meninggalkan penyesalan yang menyayat
hatiku alpa dengan mainan dunia
hingga tenggelam di alam fana

Ya Allah..

Dosaku pada-Mu tinggi mengawan
Derhakaku pada-Mu melangit luas
Kengkaranku pada-Mu sedalam lautan
terbelenggu aku dalam belukar maksiat
langsung tiada walau secebis taat

Ya Allah .. Yang Maha Pengampun..

tersentak sedar aku di hujung waktu
membawa beribu penyesalan lalu
deru dera luka bersama iringan waktu
yang mengundang deras hujan air mataku
Di penghujung usiaku ini
terdetik di hatiku ingin kembali
menuju jalan fitrah-Mu yang suci

kini aku melangkah menuju pintu taubat-Mu
tersungkur aku menghadap kehadrat-Mu
memohon ampun atas segala khilafku
dengan kehinaan yang bersemayam di jiwaku

hatiku berharap agar Kau bukakan pintu keampunan-Mu
Wahai Tuhan Sang Pemilik taubat
dengarkan rintih sayu hatiku
ingin kembali menggapai redhamu

-MUHAMMAD HAFIZI BIN RAJIMAN
-15 MEI 2014
-1 .03 PETANG
-KLANG




HAFIZI AL-HAFIZ

HAFIZI AL-HAFIZ
Nama beliau Muhammad Hafizi bin Rajiman. Bekas penuntut di SBPI Gombak dan Darul Quran JAKIM. Beliau merupakan aktivis dakwah kerana minatnya yang sangat mendalam dalam dakwah.Beliau mula aktif dalam bidang penulisan sejak pertengahan tahun 2011 dalam blog peribadi beliau, hafizimujahid.blogspot.com

Qalam Qalbi

"Tahap cinta seseorang manusia kepada Allah adalah sejauh mana dia mengenal Allah.''

Popular Posts

Total Pageviews

Followers