Masyarakat di Malaysia kini
berhadapan dengan suatu masalah yang agak kronik dan kritikal iaitu budaya
menyalahkan orang lain. Yang paling teruk lagi apabila ada yang menyalahkan
Allah.Hal ini jika dilihat dengan teliti telah menjadi budaya yang kurang sihat
dalam masyarakat di Malaysia.
Terdapat
juga segelintir pihak yang suka menunding jari kepada orang lain sekiranya
berlaku sesuatu masalah. Jarang untuk kita temui mereka yang sanggup menunding
dan menyalahkan diri sendiri.Itulah insan yang punya ego dan kebanggaan.
Allah S.W.T. telah menyatakan dalam surah Hud ayat 101 :
“ Dan Kami tidak menzalimi diri mereka sebaliknya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” ( Surah Hud : ayat 101)
Namun terdapat juga segolongan manusia yang enggan mengakui kesalahan diri sendiri apabila mereka tersalah tingkah dan terlanjur bicara. Mereka terus angkuh dengan sikap takbur yang kian menyubur. Terus enggan merendah diri untuk melentur takbur.
Budaya menyalahkan dan melabel orang lain ini kian menular dan menjangkiti sebahagian besar umat Islam pada hari ini. Bukan hanya berlaku pada umat Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam. Rentetan senario ini, saya teringat akan sebuah lagu rakyat Melayu yang bertajuk Bangau oh Bangau . Antara liriknya berbunyi:
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku tak makan
Perut aku sakit
perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah
Mesej yang
disampaikan melaui lagu ini ialah apabila masalah timbul, setiap pihak mencari
alasan untuk menyalahkan orang lain.
Bangau menyalahkan ikan, ikan menyalahkan rumput , rumput menyalahkan
kerbau, kerbau menyalahkan perut dan begitulah seterusnya. Hal ini akan mnyebabkan
masalah yang ada tidak dapat diselesaikan. Malah masalah itu bertambah parah.
Timbul juga golongan yang suka melabel golongan yang
lain tanpa usul periksa. Kadang kala mereka hanya mengambil sesetengah
kenyataan golongan itu untuk dihukum dan dilabel dengan tuduhan yang tidak
berasas.Sekiranya budaya ini berlaku dalam kalangan pemimpin –pemimpin negara,
pasti rakyat menderita.
Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6:
“ Wahai orang yang beriman, Jika
orang fasik datang kepadamu membawa suatu berita , maka telitilah kebenarannya,
agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kebodohan dan akhirnya kamu menyesali
perbuatanmu itu”
(Surah hujurat : ayat 6)
Bercakaplah
mengikut ilmu. Jangan bercakap mengikut
nafsu. Umat Islam pada hari ini “ibarat telur dihujung tanduk”. Menanti saat
untuk jatuh dan hancur. Hal ini kerana musuh-musuh Islam kian rancak merancang
strategi untuk mengalahkan dan menjatuhkan Islam di bumi mereka sendiri.Memang Islam agama
yang mulia dan terpilih. Namun sekiranya kita terus leka dengan dunia dan terus
membumikan budaya “bangau oh bangau” ini dalam diri pasti Islam akan tewas.
Teringat saya akan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh
Saidina Ali :
“Kebatilan yang terancang akan mengalahkan
kebenaran yang tidak terancang”
Melihat
kepada lipatan sejarah, bagaimana bumi Palestin kian dirobek hak rakyat mereka
untuk mengecapi nikmat iman dan Islam di bumi mereka sendiri. Yahudi di Eropah
telah Berjaya menubuhkan negara Yahudi di bumi Palestin dibantu oleh British
dalam perjanjian Balfour dan resolusi Bangsa
Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 Mei 1948. Sejak itulah rakyat Palestin
tidak pernah merasai kesenangan dalam hidup.
Hal ini juga berlaku di kebanyakkan
negara Islam yang lain. Contohnya di Bosnia , ratusan ribu Islam dibunuh akibat kekejaman
pengganas-pengganas Kristian Serb dari tahun 1992-1995. Di Kosovo pula puluhan ribu umat Islam dibunuh
oleh pengganas –pengganas Kristian Serb dan lebih 800 000 yang lain menjadi
pelarian dan menghadapi kebuluran di sempadan Kosovo sejak bulan Februari 1999.
Mengapa hal ini berterusan berlaku
dalam dunia Islam? Adakah musuh Islam menjadi semakin kuat dan terancang dari hari ke hari? Atau adakah umat Islam
yang kian hanyut dengan sifat yang suka menunding jari kepada orang lain
sekiranya berhadapan dengan masalah?
Masalah yang berlaku ini ialah masalah ummat.Umat Islam perlu bersatu untuk menjadi umat yang hebat.Bukan sekadar mengambil tindakan melepas diri apabila berhadapan isu peribadi. Umat Islam perlu berani menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.
PUNCA-PUNCA KEJATUHAN
UMAT ISLAM
As-Syeikh Hasan an-Nadwi didalam bukunya Maza Khasiral Aalamu Binhithaatil Muslimin merumuskan beberapa
punca kejatuhan umat Islam pada hari ini ialah:
1.
Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak
layak
2.
Politik dipisahkan daripada agama
3.
Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan
contoh yang buruk
4.
Para ilmuan gagal memperkembangkan ilmu
5. Timbulnya
bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam
1. Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak
layak
Semasa pemimpin-pemimpin Islam meminggirkan
ajaran Islam dan mementingkan kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu,
kekuatan Islam kian goyah.Fenomena ini sudah mula berlaku pada era Bani Umayyah
dan Abasiah lagi sehinggalah ke hari ini.
Pemimpin yang dilantik perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan adil dan amanah.
Sekiranya mereka lalai dengan jawatan tersebut maka hidup mereka tidak
akan aman di akhirat. Tidak akan aman mereka yang tiada amanah.Imam Bukhari
melaporkan daripada Abu Hurairah , Rasulullah berkata:
“
Kalian akan tamak dengan kekuasaan , sedangkan ia menjadi penyesalan pada hari
kiamat “
(HR
Bukhari)
Direkodkan juga oleh Imam Muslim dalam kitabnya, Rasulullah bersabda:
“
Pemimpin yang diberi tugas mengurus masalah orang Islam, kemudian dia tidak
berusaha mengurus kepentingan mereka,
dan tidak memberi nasihat, dia tidak akan masuk ke syurga bersama-sama mereka”
(HR
Muslim)
Hadis-hadis diatas sudah cukup mengambarkan
keadaan yang akan menimpa para pemimpin yang tidak melaksanakan amanah dengan
adil. Berjawatan bukan soal kuasa tetapi soal amanah.
2. Politik dipisahkan daripada agama
Pada zaman nabi dan Khulafa ar-Rasyidin
politik dan agama disatukan kerana Islam merupakan agama yang syumul dan mencakupi semua aspek
kehidupan termasuk politik.Apabila agama tidak menyuluhi politik maka
berlakulah pelbagai kepincangan dalam politik seperti penyelewengan, rasuah,
kezaliman pada peringkat tertinggi.
Pada ketika itu, ketidakstabilan melanda
umat Islam. Mereka yang berkecimpung dalam arena politik perlu menjadi muslim
yang berwibawa dan bertaqwa. Baru kesucian agama terpelihara.
3. Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan
contoh yang buruk
Mereka tenggelam dalam lautan kemewahan dan
kemaksiatan sehingga mengabaikan kewajipan amar
makruf nahi mungkar. Perangai dan cara hidup pemimpiun yang tidak bermaruah
ini memberi kesan negative bukan sahaja pada umat Islam malah pada masyarakat
bukan Islam.
Apabila mereka menikmati kehidupan dunia
menuruk kehendk dan hawa nafsu mereka, maka kehinaan akan melanda diri mereka.
Sebagaimana Saidina Umar al-Khattab pernah berpesan:
“Kita
adalah suatu golongan yang dimuliakan kerana Islam. Apabila mencari kemuliaan
melaui cara hidup selain Islam, maka
Allah akan menimpa kehinaan keatas kita”
4.
Para
ilmuan gagal memperkembangkan ilmu
Ramai dalam kalangan ilmua Islam bermula
daripada abad ke-17 Masihi ghairah membahaskan ilmu falsafah yang telah
diasaskan oleh bangsa Yunani.Mereka asyik membahaskan berkenaan roh, wehdatul wujud dan ilmu-ilmu ranting
dalam Islam.
Ilmu pengetahuan berkaitan sains dan
teknologi tidak difokuskan.Barat ketika itu telah menngalami ledakan ilmu sains
dan teknologi dengan begitu pesat.
Akhirnya barat terus menguasai dunia
Islam yang sedang leka dan alpa.
5.
Timbulnya
bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam
Kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta
syariat dalam Islam telah dicemari dengan pandangan-pandangan dan amalan bidaah
yang menyesatkan.Tokok tambah dalam beragama akhirnya berjaya menyesatkan umat
Islam pada hari ini.
Pelbagai ajaran yang seakan-akan Islam telah
menular dalam kalangan masyarakat. Contohnya Islam liberal, pluralisma agama ,
dan syiah telah Berjaya menambat hati masyarakat Islam yang kian menilai agama
dengan nafsu bukan dengan hati dan ilmu. Akhirnya umat Islam terus hanyut dalam
lautan kemaksiatan.
0 ulasan:
Post a Comment