Hari
ini ramai yang bicara soal tarbiyyah. Tidak kurang juga bagi mereka
yang memperakui " aku budak yang ditarbiyyah" , " aku
pernah ditarbiyyah oleh orang yang hebat" dan macam -macam lagi
yang kita dengar oleh mereka yang rasa diri mereka adalah orang yang
ditarbiyyah.
Selain
itu, tarbiyyah ini sering disinonimkan dengan jemaah atau kumpulan
atau NGO Islam yang berteraskan pembentukan peribadi dan jemaah
tersebut berteraskan proses tarbiyyah. Tarbiyyah bukan tujuan
tetapi jalan. Jalan yang perlalui dilalui oleh setiap insan untuk
mencapai tujuan yang hakiki iaitu menggapai redha Illahi. Tarbiyyah
juga bukan satu matlamat tetapi suatu proses yang tiada kesudahan
selagi mana kita masih lagi diberi nyawa oleh Allah di dunia ini.
Walau
bagaimana pun , sangat sedikit masyarakat konvensional pada hari ini
yang benar-benar memahami konnsep tarbiyyah yang sebenar. Rentetan
senario itu, muncullah golongan yang menyatakan diri mereka
ditarbiyyah tetapi tidak hidup seperti insan ditarbiyyah. Selain itu,
terdapat juga yang menyatakan mereka jemaah tarbiyyah tetapi tidak
mencerminkan langsung akhlak seorang ahli jemaah yang ditarbiyyah.
APA
ITU TARBIYYAH??
Konsep
tarbiyyah merupakan salah satu konsep pendidikan Islam yang
penting. Perkataan “tarbiyyah” berasal dari bahasa Arab
yang dipetik dari fi’il (kata kerja) seperti berikut :
a.
Rabba, yarbu yang berarti tumbuh, bertambah, berkembang.
b.
Rabbi, yarba yang berarti tumbuh menjadi lebih besar, menjadi
lebih dewasa
c.
Rabba, yarubbu yang berarti memperbaiki, mengatur, mengurus dan
mendidik, menguasai dan memimpin, menjaga dan memelihara
Menurut
Al Attas, secara semantik istilah tarbiyah tidak tepat dan
tidak memadai untuk membawakan konsep pendidikan dalam pengertian
Islam, sebagaimana dipaparkan :
1.
Istilah tarbiyah yang dipahami dalam pengertian pendidikan
sebagaimana dipergunakan di masa kini tidak bisa ditemukan dalam
leksikon-leksikon bahasa Arab besar.
2.
Tarbiyah dipandang sebagai pendidikan, dikembangkan dari penggunaan
Al Qur’an dengan istilah raba dan rabba yang berarti
sama, tidak secara alami mengandung unsur-unsur esensial pengetahuan,
intelegensi dan kebajikan yang pada hakikatnya merupakan unsur-unsur
pendidikan yang sebenarnya.
3.
Jika sekiranya dikatakan bahwa suatu makna yang berhubungan dengan
pengetahuan disusupkan ke dalam konsep rabba, maka makna
tersebut mengacu pada pemilikan pengetahuan dan bukan penanamannya.
Dari
beberapa penjelasan tersebut proses tarbiyah tidak mencakup langsung
keterlibatan ilmu sebagai aspek penting dalam pendidikan. Tarbiyyah
lebih menekankan pada proses memberikan kasih sayang. Walaupun tentu
saja proses pengasuhan dan kasih sayang merupakan bagian yang sangat
penting dalam pendidikan.
Tarbiyyah
sebagai proses pengembangan (penumbuhan) diri sebagai pengembangan
potensipun sangat diperlukan dalam proses pendidikan meskipun
bersifat materi. Keahlian dan ketangkasan fisik sangat diperlukan
disesuaikan untuk mengoptimalkan potensi masing-masing yang dididik,
apalagi untuk menghadapi kondisi kehidupan modern yang semakin
kompleks, namun setidaknya hal tersebut tidak mempersempit atau
mengaburkan dari proses atau konsep utama pendidikan dalam islam itu
sendiri.
Melalui
pengertian tersebut, konsep tarbiyyah merupakan proses
mendidik manusia dengan tujuan untuk memperbaiki kehidupan manusia ke
arah yang lebih sempurna. Ia bukan saja dilihat proses mendidik saja
tetapi merangkumi proses mengurus dan mengatur supaya perjalanan
kehidupan berjalan dengan lancar.
Walau
bagaimana pun , sangat sedikit masyarakat konvensional pada hari ini
yang benar-benar memahami konnsep tarbiyyah yang sebenar. Rentetan
senario itu, muncullah golongan yang menyatakan diri mereka
ditarbiyyah tetapi tidak hidup seperti insan ditarbiyyah. Selain itu,
terdapat juga yang menyatakan mereka jemaah tarbiyyah tetapi tidak
mencerminkan langsung akhlak seorang ahli jemaah yang ditarbiyyah.
TARBIYYAH
BUKAN UNTUK ORANG YANG MALAS
Tarbiyyah
bukan untuk orang yang malas. Tarbiyyah juga bukan untuk orang
yang takut hendak bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk
orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap semangat dan
sekejap lemah.
Tarbiyyah
bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti. Yang senang
dan mudah disertai, yang penat, bersusah payah dia elak. Bukan
juga untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan.Kalau tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan
bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau
ikhwah sebagai sang isteri dan suami atau hanya untuk meminta
tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi
kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tidak dikongsi pun
dengan orang lain.
Tarbiyyah
bukan untuk orang yang cepat mengalah dan meletakkan mabit,
qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
Tarbiyyah
juga bukan untuk orang yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi
amal kosong ibaratnya sekadar menjadi “keyboard warior” sahaja.
Selain itu, tarbiyyah juga bukan untuk orang yang hanya tahu
bandingkan jemaah itu dengan jemaah ini, yang boleh mengkritik dan
menilai harakah ini dan itu dan akhirnya suka mencemuh dan mencaci
jemaah lain seolah-olah jemaah dialah jemaah yang syumul yang tiada
sedikit kesilapan dan kelemahan.
Dakwah
bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai
ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Dakwah bukan
untuk orang yang tak boleh diberi tugasan "last minute".
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.
Dakwah
bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk
ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang aircond dan
laju. Dakwah bukan untuk orang ang tak nak naik bas, public
transport, dan yang kena berpeluh-peluh untuk menggerakkan agenda
dakwah.
Tarbiyah
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang
perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu
information. Tarbiyyah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak
berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah
bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri
alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga
tak bagi keluar. Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi
segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda,orang yang sering
beralasan ,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah
akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa
dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak
mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.Dakwah tak memerlukan
anda.Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialaha
seadanya. Mari menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan. “saya
busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”Adakah ini petandanya
kita terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan
hak milik, tapi anugerah dari Allah"
Ingatlah
kata-kata Mustafa Mahsyur: “ tarbiyyah bukan segala-galanya, teapi
segala-galanya tidak akan menjadi baik tanpa tarbiyyah”
MATLAMAT
TARBIYYAH
1. Melahirkan insan yang bertaqwa yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah
hal
ini bermaksud tarbiyyah ini bertujuan melahirkan satu generasi daie
yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan
islam. Disamping mempunyai matlamat yang jelas dalam perjuangan dan
melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan
pengorbanannya untuk Allah. Firman Allah yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman , bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai.."
(
surah ali Imran : ayat 102-103)
2.
Melahirkan insan yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
Tarbiyyah
adalah suatu program yanng bertujuan melahirkan para pejuang yang
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan yang
benar-benar cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka sentiasa
berusaha meperbaiki diri menjadi insan yang TERBAIK. Firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:
" kamu adalah sebaik-baik umat untuk manusia iaitu menyurh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Alla"
(surah
ali Imran: ayat 110)
3.
Melahirkan insan yang menghayati perjuangan
Mukmin yang menghayati perjuangan adalah insan-insan yang setiap pertuturan, tingkah laku, tindakan, fikiran dan perasaan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan . Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"
Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya , kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad
dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
orang-orang yang benar"
(
surah al-Hujurat : ayat 15)
TARBIYYAH
SEORANG PENDAKWAH
Seorang
yang telah berintima' dengan gerakan Islam perlu ada tarbiyyah.
Sekiranya mereka terus-menerus berada dalam gerakan Islam tanpa
tarbiyyah, maka gerakan itu akan musnah. dakwah pula akan punah.
Tarbiyyah ini juga merupakan pakaian yang perlu sentiasa dipakai oleh
mereka yang ingin berdakwah.
Ramai
yang ingin berada dalam gerakan dakwah tetapi malas untuk mengikuti
program tarbiyyah.Terdapat juga sebahagian mereka yang sudah menjadi
aktivis dakwah tetapi malas untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah.
Mereka leka dan alpa dengan program dan aktiviti mentarbiyyah orang
lain dalam waktu yang sama lupa untuk mentarbiyyah diri sendiri.
Orang yang tiada
tarbiyyah tidak akan mampu mentarbiyyah orang lain.Orang yang tiada
ilmu tidak akan mampu untuk mengajar. Orang yang tiada apa-apa pasti
tidak akan mampu untuk memberi. Inilah perumpamaan orang yang
terlampau sebuk mentarbiyyah tetapi lupa akan tarbiyyah diri mereka
sendiri.
Allah
S.W.T. telah memberi peringatan kepada kita tentang ini dalam firman
-Nya yang bermaksud:
"
Kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan, tetapi kamu melupakan diri
kamu sendiri, tidakkah kamu telah diberikan al-kitab , tidakkah kamu
berfikir"
(
surah al-Baqarah : ayat 44)
Peringatan
Allah ini sudah cukup memperlihatkan kepentingan tarbiyyah dalam
melaksanakan tugas berdakwah . Senario yang berlaku pada hari ini
terdapat segelintir para daie yang hanya duduk di zon selesa dan
tidak mahu menempuh sedikit kepayahan yang lebih besar. Mereka hanya
berbangga dengan kejayaan lampau yang telah dilakar oleh tokoh-tokoh
sebelum mereka.
Mereka
tidak menghadapi realiti dunia sekarang yang kian mencabar.
Musuh-musuh Islam telah menghujani kita dengan pelbagai serangan .
Islam kini kian terancam sekiranya mereka yang memperjuangkan islam
sentiasa berada dalam " comfort zon" dan tidak mahu keluar
daripada zon keselesaan yang membelenggu diri mereka.
Jika kita menelusuri rentetan sejarah para sahabat, mereka kebanyakannnya akan keluar untuk menuntut ilmu dan berdakwah. Strategi dakwah Islam Rahmatal Lil 'Alamin yang dipimpin oleh Rasulullah Saw, dibuktikan oleh catatan sejarah berikut ini (disesuaikan dengan Geografi Negara saat ini):
ASIA
BARAT
Ali
bin Abi Thalib,
pernah datang dan berdakwah di Kawasan Asia Barat meliputi beberapa negara: Arab Saudi, Yaman, Oman, Uni Emirat Arab, Qatar, Kuwait, Iraq, Yordania, Syiria, Lebanon, Palestina, Israel, Cyprus, Turki, Afghanistan, dan Iran. Dilakukan sejak tahun 622 Masehi. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.9; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
pernah datang dan berdakwah di Kawasan Asia Barat meliputi beberapa negara: Arab Saudi, Yaman, Oman, Uni Emirat Arab, Qatar, Kuwait, Iraq, Yordania, Syiria, Lebanon, Palestina, Israel, Cyprus, Turki, Afghanistan, dan Iran. Dilakukan sejak tahun 622 Masehi. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.9; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
Abu
Bakar Ash-Shiddiq,
berdakwah ke Damaskus, Syiria (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.10; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
berdakwah ke Damaskus, Syiria (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.10; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
Umar
bin Khattab, berdakwah juga di kawasan Palestina, Syiria,
Turki dan kawasan Mesopotamia (Iraq). (Sumber: Habib Bahruddin
Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara),
1929, h.11, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz
ash-Shahabah)
Mu'adz
bin Jabal,
berdakwah ke Yaman (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.12)
berdakwah ke Yaman (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.12)
Amr
bin 'Ash,
berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
Surahbil,
berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
Abdullah
bin Hudhafah as-Sahmi,
berdakwah di Persia, diutus kepada Kisra Persia. Sekarang negara Iran. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.14)
berdakwah di Persia, diutus kepada Kisra Persia. Sekarang negara Iran. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.14)
berdakwah kepada Pangeran Ghassan. Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.15)
ASIA
SELATAN
Ali bin Abi Thalib,
Ali bin Abi Thalib,
- Pernah datang dan dakwah di kawasan Shind (Hind), yang meliputi kawasan: Bangladesh, Bhutan, India, Maladewa, Nepal, Pakistan, Sri Lanka. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.20)
ASIA
TENGGARA
Ali
bin Abi Thalib,
pernah datang dan berdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda), Indonesia, tahun 625 Masehi. Perjalanan dakwahnya dilanjutkan ke dari Indonesia ke kawasan Nusantara, melalui: Timur Leste, Brunai Darussalam, Sulu, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Kampuchea. (Sumber: H.Zainal Abidin Ahmad, Ilmu politik Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang, Bulan Bintang, 1979; Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q. Fatini, Islam Comes to Malaysia, Singapura: M. S. R.I., 1963, hal. 39)
pernah datang dan berdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda), Indonesia, tahun 625 Masehi. Perjalanan dakwahnya dilanjutkan ke dari Indonesia ke kawasan Nusantara, melalui: Timur Leste, Brunai Darussalam, Sulu, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Kampuchea. (Sumber: H.Zainal Abidin Ahmad, Ilmu politik Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang, Bulan Bintang, 1979; Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q. Fatini, Islam Comes to Malaysia, Singapura: M. S. R.I., 1963, hal. 39)
Ja'far
bin Abi Thalib,
berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga, Jawa Tengah (Jawa Dwipa), Indonesia,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.33)
berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga, Jawa Tengah (Jawa Dwipa), Indonesia,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.33)
Ubay
bin Ka'ab,
berdakwah di Sumatera Barat, Indonesia, kemudian kembali ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.35)
berdakwah di Sumatera Barat, Indonesia, kemudian kembali ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.35)
Abdullah
bin Mas'ud,
berdakwah di Aceh Darussalam dan kembali lagi ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E. Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago)
berdakwah di Aceh Darussalam dan kembali lagi ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E. Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago)
'Abdurrahman
bin Mu'adz bin Jabal, dan putera-puteranya Mahmud dan Isma'il,
berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. sekitar tahun 625 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.38)
berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. sekitar tahun 625 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.38)
Akasyah
bin Muhsin Al-Usdi,
berdakwah di Palembang, Sumatera Selatan dan sebelum Rasulullah Wafat, ia kembali ke Madinah. sekitar tahun 623 M/ 2 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39; Pangeran Gajahnata, Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M. Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929; T. W. Arnold, The Preaching of Islam, 1968)
Salman
Al-Farisi berdakwah Ke Perlak, Aceh Timur dan Kembali Ke
Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib
Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah
(Nusantara), 1929, h.39) berdakwah di Palembang, Sumatera Selatan dan sebelum Rasulullah Wafat, ia kembali ke Madinah. sekitar tahun 623 M/ 2 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39; Pangeran Gajahnata, Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M. Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929; T. W. Arnold, The Preaching of Islam, 1968)
Hal
ini menunjukkan para pendakwah perlu keluar daripada tempurung untuk
berhadapan dengan realiti dunia yang kian parah. Mereka tidak boleh
hanya berserah tanpa mujahadah. Rintangan yang bakal dihadapi juga
bukan mudah.
Sekiranya
dakwah itu adalah sebuah kereta , tarbiyyah adalah petrolnya. Realiti
kehidupan semakin kompleks . Kehidupan seorang pendakwah akan berubah
mengikut peredaran masa. Dari fasa belajar ke fasa bekerja , dari
jawatan bawah ke jawatan atasan, dari alam bujang ke alam rumah
tangga.
Walaupun
sebahagian mereka masih bergiat aktif dalam amal-amal dakwah, namun
apabila komitmen terhadap tarbiyyah itu mula longgar, roh dalam
melaksanakan amal-amal dakwah juga akan pudar.
Tidak
dinafikan kehidupan ini sendiri adalah satu medan tarbiyyah. Namun,
untuk melahirkan seorang doktor, adakah anda akan meyakini seorang
doktor yang hanya belajar secara informal melalui pemerhatian
dan pengalaman hidupnya? Begitu jualah dengan seorang Dai’e.
Wasilah-wasilah
tarbiyyah yang disusun seperti usrah, katibah, rehlah, riadah,
jaulah, daurah dan mukhayyam wujud bukan sekadar untuk memenuhkan
jadual mingguan, bulanan dan tahunan seorang pendakwah.
Program-program ini wujud kerana objektif yang jelas yang ingin
dicapai dalam usaha melahirkan dua’t yang mampu memikul
tanggungjawab yang berat, tetapi mulia ini.
Melihat
cabaran gerakan dakwah hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang
bukan calang-calang. Tidak berhenti dengan masalah isu keruntuhan
sosial yang semakin parah, pertembungan ideologi, kepincangan
akhlak dan jati diri, serangan demi serangan dari musuh Islam dan
ditentang juga oleh sebahagan Muslim yang tidak memahaminya.
Mampukah seorang pendakwah yang tidak serius dalam proses
mempersiapkan dirinya, yang hanya mahu bermain-main di gigi air
tanpa ingin membasahkan dirinya, berdepan dengan cabaran yang
mendatang.
Tanpa
keimanan yang mantap, kepercayaan yang teguh kepada prinsip,
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan pengorbanan yang tinggi,
amal dakwah hanya didokong oleh semangat yang bisa luntur pada
bila-bila masa.
Secara
logiknya, semakin besar kereta, maka semakin besar tangki
minyaknya. Seharusnya, semakin berat tanggungjawab dakwah dirasai
semakin tinggi komitmen tarbiyyah diberi. Kerana tarbiyyah itu
adalah bekalan dalam melaksanakan dakwah. Selain mengharapkan
program-program tarbiyyah yang dirancang, tarbiyyah dzatiyah juga
perlu diusahakan.
Hubungan
dengan Allah, adalah sumber kekuatan dalam membina hubungan dengan
manusia. Dari iman akan terbinalah ukhuwwah yang hakiki. Dari
iman akan membuahkan akhlak yang mantap. Dari iman akan melahirkan
amal yang konsisten. Dan iman itu tidak akan terbentuk tanpa
tarbiyyah yang bersungguh-sungguh. Hakikatnya, tin yang kosong
tidak akan mampu memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.