KAMU LAKUKAN DOSA KERANA KEJAHILAN,LALU SEGERA BERTAUBAT...
Firman Allah, maksudnya:"sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan , kemudian mereka segera bertaubat.Maka (dengan adanya dua sebab itu )mereka diterima Allah taubatnya .Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana ."(surah al-Nisa' 4:7)
KAMU LAKUKAN DOSA TETAPI KEMUDIAN KAMU INSAF DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI..
Firman Allah , maksudnya :"Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu , maka hendaklah kamu menyakiti keduanya ,kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk),maka biarkan mereka ,kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat , lagi Maha Luas rahmat-Nya."
(Surah al-Nisa' 4:16)
DIA MEMAAFKAN KESALAHAN YANG KAMU LAKUKAN ...
Firman Allah , maksudnya :"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya(yang bertaubat )serta memafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan),dan Dia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al- Syura 42:25)
DIA MEMAAFKAN KESALAHAN SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA
Firman Allah, maksudnya :"Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu,dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya,dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah al-Taubah 9:15)
0 ulasan:
Post a Comment