MOTIVASI DAKWAH

"TAKUTLAH KAMU DENGAN FIRASAT ORANG MUKMIN KERANA SESUNGGUHNYA DIA MELIHAT DENGAN NUR ALLAH"


Masyarakat di Malaysia kini berhadapan dengan suatu masalah yang agak kronik dan kritikal iaitu budaya menyalahkan orang lain. Yang paling teruk lagi apabila ada yang menyalahkan Allah.Hal ini jika dilihat dengan teliti telah menjadi budaya yang kurang sihat dalam masyarakat di Malaysia.
                Terdapat juga segelintir pihak yang suka menunding jari kepada orang lain sekiranya berlaku sesuatu masalah. Jarang untuk kita temui mereka yang sanggup menunding dan menyalahkan diri sendiri.Itulah insan yang punya ego dan kebanggaan.

Allah S.W.T.  telah menyatakan dalam surah Hud ayat 101 :

“ Dan Kami tidak menzalimi diri mereka sebaliknya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri” ( Surah Hud : ayat 101)

Namun terdapat juga segolongan manusia yang enggan mengakui kesalahan diri sendiri apabila mereka tersalah tingkah dan terlanjur bicara. Mereka terus angkuh  dengan sikap takbur yang kian menyubur. Terus enggan merendah diri untuk melentur takbur.

Budaya menyalahkan dan melabel orang lain ini kian menular dan menjangkiti sebahagian besar umat Islam pada hari ini. Bukan hanya  berlaku pada umat Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam. Rentetan senario ini, saya teringat akan sebuah lagu rakyat Melayu yang bertajuk Bangau oh Bangau . Antara liriknya berbunyi:

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku tak makan
Perut aku sakit

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah

                Mesej yang disampaikan melaui lagu ini ialah  apabila masalah timbul, setiap pihak mencari alasan untuk menyalahkan orang lain.  Bangau menyalahkan ikan, ikan menyalahkan rumput , rumput menyalahkan kerbau, kerbau menyalahkan perut dan begitulah seterusnya. Hal ini akan mnyebabkan masalah yang ada tidak dapat diselesaikan. Malah masalah itu bertambah parah.

Timbul juga golongan yang suka melabel golongan yang lain tanpa usul periksa. Kadang kala mereka hanya mengambil sesetengah kenyataan golongan itu untuk dihukum dan dilabel dengan tuduhan yang tidak berasas.Sekiranya budaya ini berlaku dalam kalangan pemimpin –pemimpin negara, pasti rakyat menderita.

Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang yang beriman, Jika orang fasik datang kepadamu membawa suatu berita , maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kebodohan dan akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu”

(Surah hujurat : ayat 6)

                                Bercakaplah mengikut  ilmu. Jangan bercakap mengikut nafsu. Umat Islam pada hari ini “ibarat telur dihujung tanduk”. Menanti saat untuk jatuh dan hancur. Hal ini kerana musuh-musuh Islam kian rancak merancang strategi untuk mengalahkan dan menjatuhkan Islam  di bumi mereka sendiri.Memang Islam agama yang mulia dan terpilih. Namun sekiranya kita terus leka dengan dunia dan terus membumikan budaya “bangau oh bangau”  ini dalam diri pasti Islam akan tewas.

Teringat saya akan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali :
                Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang”

                Melihat kepada lipatan sejarah, bagaimana bumi Palestin kian dirobek hak rakyat mereka untuk mengecapi nikmat iman dan Islam di bumi mereka sendiri. Yahudi di Eropah telah Berjaya menubuhkan negara Yahudi di bumi Palestin dibantu oleh British dalam perjanjian Balfour dan resolusi Bangsa  Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 Mei 1948. Sejak itulah rakyat Palestin tidak pernah merasai kesenangan dalam hidup.

Hal ini juga berlaku di kebanyakkan negara Islam yang lain. Contohnya di Bosnia , ratusan ribu  Islam dibunuh akibat kekejaman pengganas-pengganas Kristian Serb dari tahun 1992-1995. Di  Kosovo pula puluhan ribu umat Islam dibunuh oleh pengganas –pengganas Kristian Serb dan lebih 800 000 yang lain menjadi pelarian dan menghadapi kebuluran di sempadan Kosovo sejak bulan Februari 1999.

Mengapa hal ini berterusan berlaku dalam dunia Islam? Adakah musuh Islam menjadi semakin kuat dan terancang  dari hari ke hari? Atau adakah umat Islam yang kian hanyut dengan sifat yang suka menunding jari kepada orang lain sekiranya berhadapan dengan masalah?
              
  Masalah yang berlaku ini ialah masalah ummat.Umat Islam perlu bersatu untuk menjadi umat yang hebat.Bukan sekadar mengambil tindakan melepas diri apabila berhadapan isu peribadi. Umat Islam perlu berani menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.

PUNCA-PUNCA KEJATUHAN UMAT ISLAM

                As-Syeikh  Hasan an-Nadwi  didalam bukunya Maza Khasiral Aalamu Binhithaatil Muslimin merumuskan beberapa punca kejatuhan umat Islam pada hari ini ialah:

1.       Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak
2.       Politik dipisahkan daripada agama
3.       Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk
4.       Para ilmuan gagal memperkembangkan ilmu
5.       Timbulnya bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam

1.        Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak

Semasa pemimpin-pemimpin Islam meminggirkan ajaran Islam dan mementingkan kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu, kekuatan Islam kian goyah.Fenomena ini sudah mula berlaku pada era Bani Umayyah dan Abasiah lagi sehinggalah ke hari ini.

Pemimpin yang dilantik perlu melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan amanah.  Sekiranya mereka lalai dengan jawatan tersebut maka hidup mereka tidak akan aman di akhirat. Tidak akan aman mereka yang tiada amanah.Imam Bukhari melaporkan daripada Abu Hurairah , Rasulullah berkata:

“ Kalian akan tamak dengan kekuasaan , sedangkan ia menjadi penyesalan pada hari kiamat “

                                                                                                                                                                (HR Bukhari)

Direkodkan juga oleh Imam Muslim  dalam kitabnya, Rasulullah bersabda:

“ Pemimpin yang diberi tugas mengurus masalah orang Islam, kemudian dia tidak berusaha mengurus kepentingan  mereka, dan tidak memberi nasihat, dia tidak akan masuk ke syurga bersama-sama mereka”
                                                                                                                                          (HR Muslim)

Hadis-hadis diatas sudah cukup mengambarkan keadaan yang akan menimpa para pemimpin yang tidak melaksanakan amanah dengan adil. Berjawatan bukan soal kuasa tetapi soal amanah.




2.       Politik dipisahkan daripada agama

Pada zaman nabi dan Khulafa ar-Rasyidin politik dan agama disatukan kerana Islam merupakan agama yang syumul dan mencakupi semua aspek kehidupan termasuk politik.Apabila agama tidak menyuluhi politik maka berlakulah pelbagai kepincangan dalam politik seperti penyelewengan, rasuah, kezaliman pada peringkat tertinggi.

Pada ketika itu, ketidakstabilan melanda umat Islam. Mereka yang berkecimpung dalam arena politik perlu menjadi muslim yang berwibawa dan bertaqwa. Baru kesucian agama terpelihara.



3.        Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk

Mereka tenggelam dalam lautan kemewahan dan kemaksiatan sehingga mengabaikan kewajipan amar makruf nahi mungkar. Perangai dan cara hidup pemimpiun yang tidak bermaruah ini memberi kesan negative bukan sahaja pada umat Islam malah pada masyarakat bukan Islam.

Apabila mereka menikmati kehidupan dunia menuruk kehendk dan hawa nafsu mereka, maka kehinaan akan melanda diri mereka. Sebagaimana Saidina Umar al-Khattab pernah berpesan:

Kita adalah suatu golongan yang dimuliakan kerana Islam. Apabila mencari kemuliaan melaui cara  hidup selain Islam, maka Allah  akan menimpa kehinaan keatas kita”

4.       Para ilmuan gagal memperkembangkan ilmu

Ramai dalam kalangan ilmua Islam bermula daripada abad ke-17 Masihi ghairah membahaskan ilmu falsafah yang telah diasaskan oleh bangsa Yunani.Mereka asyik membahaskan berkenaan roh, wehdatul wujud dan ilmu-ilmu ranting dalam Islam.

Ilmu pengetahuan berkaitan sains dan teknologi tidak difokuskan.Barat ketika itu telah menngalami ledakan ilmu sains dan teknologi dengan begitu pesat.  Akhirnya barat terus menguasai dunia  Islam yang sedang leka dan alpa.

5.       Timbulnya bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam

Kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta syariat dalam Islam telah dicemari dengan pandangan-pandangan dan amalan bidaah yang menyesatkan.Tokok tambah dalam beragama akhirnya berjaya menyesatkan umat Islam pada hari ini.

Pelbagai ajaran yang seakan-akan Islam telah menular dalam kalangan masyarakat. Contohnya Islam liberal, pluralisma agama , dan syiah telah Berjaya menambat hati masyarakat Islam yang kian menilai agama dengan nafsu bukan dengan hati dan ilmu. Akhirnya umat Islam terus hanyut dalam lautan kemaksiatan.


Terbuai aku dikala itu

menikmati hangatnya wajah dunia
terbuai leka di persinggahan sementara

kubiarkan hembus angin membelaiku
kubiarkan dentuman guruh menderauku
kurelakan rintik hujan menjamahku
sehingga menghantarku
pada mendung tak bermentari

Terkulai aku dikala itu

rasa nikmat yang kutelan hanya sesaat
meninggalkan penyesalan yang menyayat
hatiku alpa dengan mainan dunia
hingga tenggelam di alam fana

Ya Allah..

Dosaku pada-Mu tinggi mengawan
Derhakaku pada-Mu melangit luas
Kengkaranku pada-Mu sedalam lautan
terbelenggu aku dalam belukar maksiat
langsung tiada walau secebis taat

Ya Allah .. Yang Maha Pengampun..

tersentak sedar aku di hujung waktu
membawa beribu penyesalan lalu
deru dera luka bersama iringan waktu
yang mengundang deras hujan air mataku
Di penghujung usiaku ini
terdetik di hatiku ingin kembali
menuju jalan fitrah-Mu yang suci

kini aku melangkah menuju pintu taubat-Mu
tersungkur aku menghadap kehadrat-Mu
memohon ampun atas segala khilafku
dengan kehinaan yang bersemayam di jiwaku

hatiku berharap agar Kau bukakan pintu keampunan-Mu
Wahai Tuhan Sang Pemilik taubat
dengarkan rintih sayu hatiku
ingin kembali menggapai redhamu

-MUHAMMAD HAFIZI BIN RAJIMAN
-15 MEI 2014
-1 .03 PETANG
-KLANG





Hari ini ramai yang bicara soal tarbiyyah. Tidak kurang juga bagi mereka yang memperakui " aku budak yang ditarbiyyah" , " aku pernah ditarbiyyah oleh orang yang hebat" dan macam -macam lagi yang kita dengar oleh mereka yang rasa diri mereka adalah orang yang ditarbiyyah.


 Selain itu, tarbiyyah ini sering disinonimkan dengan jemaah atau kumpulan atau NGO Islam yang berteraskan pembentukan peribadi dan jemaah tersebut berteraskan proses tarbiyyah. Tarbiyyah  bukan tujuan tetapi jalan. Jalan yang perlalui dilalui oleh setiap insan untuk mencapai tujuan yang hakiki iaitu menggapai redha Illahi. Tarbiyyah juga bukan satu matlamat tetapi suatu proses yang tiada kesudahan selagi mana kita masih lagi diberi nyawa oleh Allah di dunia ini.


Walau bagaimana pun , sangat sedikit masyarakat konvensional pada hari ini yang benar-benar memahami konnsep tarbiyyah yang sebenar. Rentetan senario itu, muncullah golongan yang menyatakan diri mereka ditarbiyyah tetapi tidak hidup seperti insan ditarbiyyah. Selain itu, terdapat juga yang menyatakan mereka jemaah tarbiyyah tetapi tidak mencerminkan langsung akhlak seorang ahli jemaah yang ditarbiyyah.

APA ITU TARBIYYAH?? 


Konsep tarbiyyah merupakan salah satu konsep pendidikan Islam yang penting. Perkataan “tarbiyyah” berasal dari bahasa Arab yang dipetik dari fi’il (kata kerja) seperti berikut :


a. Rabba, yarbu yang berarti tumbuh, bertambah, berkembang.
b. Rabbi, yarba yang berarti tumbuh menjadi lebih besar, menjadi lebih dewasa
c. Rabba, yarubbu yang berarti memperbaiki, mengatur, mengurus dan mendidik, menguasai dan memimpin, menjaga dan memelihara


Menurut Al Attas, secara semantik istilah tarbiyah tidak tepat dan tidak memadai untuk membawakan konsep pendidikan dalam pengertian Islam, sebagaimana dipaparkan : 


1. Istilah tarbiyah yang dipahami dalam pengertian pendidikan sebagaimana dipergunakan di masa kini tidak bisa ditemukan dalam leksikon-leksikon bahasa Arab besar.
2. Tarbiyah dipandang sebagai pendidikan, dikembangkan dari penggunaan Al Qur’an dengan istilah raba dan rabba yang berarti sama, tidak secara alami mengandung unsur-unsur esensial pengetahuan, intelegensi dan kebajikan yang pada hakikatnya merupakan unsur-unsur pendidikan yang sebenarnya.
3. Jika sekiranya dikatakan bahwa suatu makna yang berhubungan dengan pengetahuan disusupkan ke dalam konsep rabba, maka makna tersebut mengacu pada pemilikan pengetahuan dan bukan penanamannya.


Dari beberapa penjelasan tersebut proses tarbiyah tidak mencakup langsung keterlibatan ilmu sebagai aspek penting dalam pendidikan. Tarbiyyah lebih menekankan pada proses memberikan kasih sayang. Walaupun tentu saja proses pengasuhan dan kasih sayang merupakan bagian yang sangat penting dalam pendidikan.


Tarbiyyah sebagai proses pengembangan (penumbuhan) diri sebagai pengembangan potensipun sangat diperlukan dalam proses pendidikan meskipun bersifat materi. Keahlian dan ketangkasan fisik sangat diperlukan disesuaikan untuk mengoptimalkan potensi masing-masing yang dididik, apalagi untuk menghadapi kondisi kehidupan modern yang semakin kompleks, namun setidaknya hal tersebut tidak mempersempit atau mengaburkan dari proses atau konsep utama pendidikan dalam islam itu sendiri.




Melalui pengertian tersebut, konsep tarbiyyah merupakan proses mendidik manusia dengan tujuan untuk memperbaiki kehidupan manusia ke arah yang lebih sempurna. Ia bukan saja dilihat proses mendidik saja tetapi merangkumi proses mengurus dan mengatur supaya perjalanan kehidupan berjalan dengan lancar.

Walau bagaimana pun , sangat sedikit masyarakat konvensional pada hari ini yang benar-benar memahami konnsep tarbiyyah yang sebenar. Rentetan senario itu, muncullah golongan yang menyatakan diri mereka ditarbiyyah tetapi tidak hidup seperti insan ditarbiyyah. Selain itu, terdapat juga yang menyatakan mereka jemaah tarbiyyah tetapi tidak mencerminkan langsung akhlak seorang ahli jemaah yang ditarbiyyah.






TARBIYYAH BUKAN UNTUK ORANG YANG MALAS

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Tarbiyyah juga  bukan untuk orang yang takut hendak bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap semangat dan sekejap lemah.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti. Yang senang dan mudah disertai, yang penat, bersusah payah  dia elak. Bukan juga untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tidak, batang hidung pun tak nampak.
 Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami atau  hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tidak dikongsi  pun dengan orang lain.
 Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat mengalah dan  meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.


 Tarbiyyah juga bukan untuk orang yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong ibaratnya sekadar menjadi “keyboard warior” sahaja. Selain itu, tarbiyyah juga bukan untuk orang yang hanya tahu bandingkan jemaah itu dengan jemaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu dan akhirnya suka mencemuh dan mencaci jemaah lain seolah-olah jemaah dialah jemaah yang syumul yang tiada sedikit kesilapan dan kelemahan.
 Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan "last minute". Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. 


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang aircond dan laju. Dakwah bukan untuk orang ang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh untuk menggerakkan agenda dakwah.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information. Tarbiyyah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. 


Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar. Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. 


Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda,orang yang sering beralasan ,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.Dakwah tak memerlukan anda.Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialaha seadanya. Mari menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”Adakah ini petandanya kita terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dari Allah"


Ingatlah kata-kata Mustafa Mahsyur: “ tarbiyyah bukan segala-galanya, teapi segala-galanya tidak akan menjadi baik tanpa tarbiyyah”


MATLAMAT TARBIYYAH

1. Melahirkan insan yang bertaqwa yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah


 hal ini bermaksud tarbiyyah ini bertujuan melahirkan satu generasi daie yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan islam. Disamping mempunyai matlamat yang jelas dalam perjuangan dan melahirkan  para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.  Firman Allah yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman , bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai.."


( surah ali Imran : ayat 102-103)


2. Melahirkan insan yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah


Tarbiyyah adalah suatu program yanng bertujuan melahirkan para pejuang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan yang benar-benar cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka sentiasa berusaha meperbaiki diri menjadi insan yang TERBAIK. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

" kamu adalah sebaik-baik umat untuk manusia iaitu menyurh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Alla"


 (surah ali Imran: ayat 110)


3.  Melahirkan insan yang menghayati perjuangan

Mukmin yang menghayati perjuangan adalah insan-insan yang setiap pertuturan, tingkah laku, tindakan, fikiran dan perasaan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan . Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


" Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya , kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar"


( surah al-Hujurat : ayat 15) 


 TARBIYYAH SEORANG PENDAKWAH 


Seorang yang telah berintima' dengan gerakan Islam perlu ada tarbiyyah. Sekiranya mereka terus-menerus berada dalam gerakan Islam tanpa tarbiyyah, maka gerakan itu akan musnah. dakwah pula akan punah. Tarbiyyah ini juga merupakan pakaian yang perlu sentiasa dipakai oleh mereka yang ingin berdakwah.


 Ramai yang ingin berada dalam gerakan dakwah tetapi malas untuk mengikuti program tarbiyyah.Terdapat juga sebahagian mereka yang sudah menjadi aktivis dakwah tetapi malas untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah. Mereka leka dan alpa dengan program dan aktiviti mentarbiyyah orang lain dalam waktu yang sama lupa untuk mentarbiyyah diri sendiri.


  Orang yang tiada tarbiyyah tidak akan mampu mentarbiyyah orang lain.Orang yang tiada ilmu tidak akan mampu untuk mengajar. Orang yang tiada apa-apa pasti tidak akan mampu untuk memberi. Inilah perumpamaan orang yang terlampau sebuk mentarbiyyah tetapi lupa akan tarbiyyah diri mereka sendiri.


Allah S.W.T. telah memberi peringatan kepada kita tentang ini dalam firman -Nya yang bermaksud:


" Kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan, tetapi kamu melupakan diri kamu sendiri, tidakkah kamu telah diberikan al-kitab , tidakkah kamu berfikir"


( surah al-Baqarah : ayat 44)


Peringatan Allah ini sudah cukup memperlihatkan kepentingan tarbiyyah dalam melaksanakan tugas berdakwah . Senario yang berlaku pada hari ini terdapat segelintir para daie yang hanya duduk di zon selesa dan tidak mahu menempuh sedikit kepayahan yang lebih besar. Mereka hanya berbangga dengan kejayaan lampau yang telah dilakar oleh tokoh-tokoh sebelum mereka.
Mereka tidak menghadapi realiti dunia sekarang yang kian mencabar. Musuh-musuh Islam telah menghujani kita dengan pelbagai serangan . Islam kini kian terancam sekiranya mereka yang memperjuangkan islam sentiasa berada dalam " comfort zon" dan tidak mahu keluar daripada zon keselesaan yang membelenggu diri mereka.

Jika kita menelusuri rentetan sejarah para sahabat, mereka kebanyakannnya akan keluar untuk menuntut ilmu dan berdakwah.
Strategi dakwah Islam Rahmatal Lil 'Alamin yang dipimpin oleh Rasulullah Saw, dibuktikan oleh catatan sejarah berikut ini (disesuaikan dengan Geografi Negara saat ini):


ASIA BARAT
Ali bin Abi Thalib

pernah datang dan berdakwah di Kawasan Asia Barat meliputi beberapa negara: Arab Saudi, Yaman, Oman, Uni Emirat Arab, Qatar, Kuwait, Iraq, Yordania, Syiria, Lebanon, Palestina, Israel, Cyprus, Turki, Afghanistan, dan Iran. Dilakukan sejak tahun 622 Masehi. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.9; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
 
Abu Bakar Ash-Shiddiq,

 berdakwah ke Damaskus, Syiria (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929,h.10; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah) 
 
Umar bin Khattab, berdakwah juga di kawasan Palestina, Syiria, Turki dan kawasan Mesopotamia (Iraq). (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.11, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah)
Mu'adz bin Jabal,  

berdakwah ke Yaman (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.12) 
 
Amr bin 'Ash,  

berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah) 
 
Surahbil,

 berdakwah ke Yerussalem, Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.13; Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah) 
 
Abdullah bin Hudhafah as-Sahmi,

 berdakwah di Persia, diutus kepada Kisra Persia. Sekarang negara Iran. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.14) 
 
 
Shuja’ bin Wahab al-Asadi,  



berdakwah kepada Pangeran Ghassan. Palestina (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.15) 
ASIA SELATAN  

Ali bin Abi Thalib,  
  1. Pernah datang dan dakwah di kawasan Shind (Hind), yang meliputi kawasan: Bangladesh, Bhutan, India, Maladewa, Nepal, Pakistan, Sri Lanka. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.20)


ASIA TENGGARA
Ali bin Abi Thalib

pernah datang dan berdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda), Indonesia, tahun 625 Masehi. Perjalanan dakwahnya dilanjutkan ke dari Indonesia ke kawasan Nusantara, melalui: Timur Leste, Brunai Darussalam, Sulu, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Kampuchea. (Sumber: H.Zainal Abidin Ahmad, Ilmu politik Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang, Bulan Bintang, 1979; Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q. Fatini, Islam Comes to Malaysia, Singapura: M. S. R.I., 1963, hal. 39)
 
Ja'far bin Abi Thalib

berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga, Jawa Tengah (Jawa Dwipa), Indonesia,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.33) 
 
Ubay bin Ka'ab,  

berdakwah di Sumatera Barat, Indonesia, kemudian kembali ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.35) 
 
Abdullah bin Mas'ud

berdakwah di Aceh Darussalam dan kembali lagi ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E. Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago) 
 
'Abdurrahman bin Mu'adz bin Jabal, dan putera-puteranya Mahmud dan Isma'il

berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. sekitar tahun 625 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.38) 
 
Akasyah bin Muhsin Al-Usdi

berdakwah di Palembang, Sumatera Selatan dan sebelum Rasulullah Wafat, ia kembali ke Madinah. sekitar tahun 623 M/ 2 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39; Pangeran Gajahnata, Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M. Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929;  T. W. Arnold, The Preaching of Islam, 1968) 
 
Salman Al-Farisi  berdakwah Ke Perlak, Aceh Timur dan Kembali Ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39)


 
Hal ini menunjukkan para pendakwah perlu keluar daripada tempurung untuk berhadapan dengan realiti dunia yang kian parah. Mereka tidak boleh hanya berserah tanpa mujahadah. Rintangan yang bakal dihadapi juga bukan mudah.
Sekiranya dakwah itu adalah sebuah kereta , tarbiyyah adalah petrolnya. Realiti kehidupan semakin kompleks . Kehidupan seorang pendakwah akan berubah mengikut peredaran masa. Dari fasa belajar ke fasa bekerja , dari jawatan bawah ke jawatan atasan, dari alam bujang ke alam rumah tangga.


Walaupun sebahagian mereka masih bergiat aktif dalam amal-amal dakwah, namun apabila komitmen terhadap tarbiyyah itu mula longgar, roh dalam melaksanakan amal-amal dakwah juga akan pudar.



Tidak dinafikan kehidupan ini sendiri adalah satu medan tarbiyyah. Namun, untuk melahirkan seorang doktor, adakah anda akan meyakini seorang doktor  yang hanya belajar secara informal melalui pemerhatian dan pengalaman hidupnya? Begitu jualah dengan seorang Dai’e.


Wasilah-wasilah tarbiyyah yang disusun seperti usrah, katibah, rehlah, riadah, jaulah, daurah dan mukhayyam wujud bukan sekadar untuk memenuhkan jadual mingguan, bulanan dan tahunan seorang pendakwah. Program-program ini wujud kerana objektif yang jelas yang ingin dicapai dalam usaha melahirkan dua’t yang mampu memikul tanggungjawab yang berat, tetapi mulia ini.


Melihat cabaran gerakan dakwah hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang bukan calang-calang. Tidak berhenti dengan masalah isu keruntuhan sosial yang semakin parah, pertembungan ideologi, kepincangan akhlak dan jati diri, serangan demi serangan dari musuh Islam dan ditentang juga oleh sebahagan Muslim yang tidak memahaminya. Mampukah seorang pendakwah yang tidak serius dalam proses mempersiapkan dirinya, yang hanya mahu bermain-main di gigi air tanpa ingin membasahkan dirinya, berdepan dengan cabaran yang mendatang.


Tanpa keimanan yang mantap, kepercayaan yang teguh kepada prinsip, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan pengorbanan yang tinggi, amal dakwah hanya didokong oleh semangat yang bisa luntur pada bila-bila masa.
Secara logiknya, semakin besar kereta,  maka semakin besar tangki minyaknya. Seharusnya, semakin berat tanggungjawab dakwah dirasai semakin tinggi komitmen tarbiyyah diberi. Kerana tarbiyyah itu adalah bekalan dalam melaksanakan dakwah. Selain mengharapkan program-program tarbiyyah yang dirancang, tarbiyyah dzatiyah juga perlu diusahakan.


Hubungan dengan Allah, adalah sumber kekuatan dalam membina hubungan dengan manusia.  Dari iman akan terbinalah ukhuwwah yang hakiki. Dari iman akan membuahkan akhlak yang mantap. Dari iman akan melahirkan amal yang konsisten. Dan iman itu tidak akan terbentuk tanpa tarbiyyah yang bersungguh-sungguh. Hakikatnya, tin yang kosong tidak akan mampu memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.







10 KAEDAH FIQH DAKWAH SYEIKH JUMA'AH AMIN :

kaedah 1 : al-qudwah qabla dakwah (menjadi qudwah sebelum berdakwah)

kaedah 2 : at-ta'lif qabla ta'rif ( menjinak dan mengikat hati sebelum memperkenalkan)

kaedah 3 : at-ta'rif qabla taklif (berkenalan sebelum memberi tugas)

kaedah 4 : at-tadarruj fi taklif (bertahap-tahap dalam memberikan tugasan)

kaedah 5 : at-taisir la ta'sir(memudahkan bukan menyusahkan)

kaedah 6 : al-usul qabla furu' (mulakan perkara yang pokok sebelum cabang)

kaedah 7 : at-targhib qabla tarhib (memberi harapan sebelum ancaman)

kaedah 8 : at-tafhim la at-talqin (memberi kefahamam bukan menyampaikan semata-mata)

kaedah 9 : at-tarbiyah la at-ta'riyah (mendidik bukan menelanjangi keburukannya)

kaedah 10 : tilmizu imam la tilmiz kitab ( murid kepada guru bukan murid kepada buku)

para daie yang ingin berdakwah. .
perlu berdisiplin mengikuti turutan kaedah dakwah. .
agar dakwah menjadi indah. .

kata-kata yang disampaikan dari hati. .
pasti juga akan jatuh menyentuh hati. .

CARA MENGHADAPI FUTUR

menurut Sayyid Muhammad Nuh menulis dalam Kitab Afaatun 'Alaa Al-Thariq (Rintangan bagi Pejuang Dakwah) :

cara menghadapi Futur :

1) Menjauhi perbuatan maksiat dan keburukan yang kecil ataupun besar

2) Tekun dalam melaksanakan kewajipan seharian

3) memilih waktu-waktu utama dan melaluinya dengan amal ketaatan

4) menghindari daripada sifat berlebihan dalam melaksanakan agama

5) menerjunkan diri sepenuhnya dalam lingkup jemaah dan tidak meninggalkannya dalam situasi dan keadaan apa sekalipun

6) sentiasa memperlihatkan kaedah Sunnatullah dalam kehidupan

7) menyedari bentuk-bentuk halangan yang akan dihadapi

8) teliti dalam menerapkan strategi yang baik

9) sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan para solehin dan mujahidin

10) memberikan waktu kepada jasmani untuk berehat, makan dan minum secukupnya

11) menghiburkan diri dengan hal-hal yang dibolehkan

12) melakukan kajian secara berterusan terhadap buku-buku yang membahaskan perjalanan hidup para sahabat atau orang soleh

13) mengingati kematian dan kejadian yang akan berlaku selepasnya

14) mengingati kenikmatan syurga dan azab neraka

15) menghadiri majlis ilmu

16) menjalankan agama secara syumul

17) sentiasa muhasabah dan mengoreksi jiwa

*futur ialah satu penyakit hati yang kesannya menyebabkn timbulnya rasa malas, lamban dan sikap santai dan lemah dalam melakukan amal dan dakwah yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. kesan paling besar futur ialah terputus atau berhenti sama sekali praktik dari amalan dakwah


Ibrahim Adham menasihati seorang pemuda agar melakukan perubahan dalam hidupnya. Beliau menjelaskan betapa perlunya berhijrah dan meneroka sesuatu yang baru untuk merangsang perubahan berterusan.

            Pemuda ini akhirnya bersetuju.
Keesokan harinya dia datang untuk mengucapkan salam perpisahan kepada Ibrahim Adham. Dia akan keluar berkelana mencari ilmu dan pengalaman untuk sesuatu tempoh yang panjang.

            Selepas tiga hari berlalu, pintu rumah Ibrahim Adham diketuk. Amat mengejutkannya kerana pemuda tersebut telah berada di hadapannya. Ibrahim Adham bertanya kenapakah dia pulang lebih awal daripada apa yang dirangcang sebelum ini.

            “ Sepanjang permusafiran itu aku telah melaui padang pasir yang luas dan melihat keajaiban di sebuah lembah.” Pemuda tersebut memulakan ceritanya bersungguh-sungguh.

            “ Di sana Allah memeperlihat kepadaku satu pengajaran yang sangat berguna. Dengannya aku membuat keputusan untuk pulang segera, “ ujar pemuda tersebut dengan penuh yakin.

            “ Apakah pengajaran yang hebat itu?” Tanya Ibrahim Adham menagih jawapan.

            “ Di sebuah lembah dalam perjalanan itu aku menemui seorang lelaki yang malang. “ Pemuda itu menyambung kembali cerita dengan lancar.

            “ Dia diromapak.. Lebih dahsyat lagi kedua-dua tangan serta kakinya dipotong. Dia berada dalam keadaan yang sangat dhaif. “ Dia berhenti seketika tetapi nampaknya semangatnya tidak berhenti.

            “ Apa yang mengejutkan aku ialah lelaki malang ini dibantu oleh seekor burung helang yang sentiasa berulang-alik terbang membawakan kepadanya makanan sehingga dia boleh meneruskan hidup,” ujar lelaki tersebut dengan nada yang takjub, matanya bercahaya.
            “ Apa yang kulihat itu memberikan pengajaran. Walau selemah mana pun seseorang itu, rezekinya tetap dijamin oleh Allah.” Ujar lelaki tersebut membuat konklusi yang memberangsangkan.

            Ibrahim Adham faham kedudukan sebenar dan dengan pandangan simpati dia melihat kepada pemuda itu dan berkata , “ Wahai pemuda, ini cerita yang hebat. “

            Tetapi kenapa dalam penyaksian itu kamu hanya melihat dan membuat kesimpulan tentang lelaki dhaif yang kudung tangan dan kakinya , sebaliknya tidak melihat kepada burung helang yang memberikan bantuan kepada pemuda dhaif tersebut?” desak Ibrahim Adham memancing pemikiran pemuda naif tersebut.

            “Allah sebenarnya mahu memberikan pengajaran supaya kita boleh berfikir bukan sekadar tentang jaminan rezeki tetapi bagaimana untuk menjadi manusia yang boleh membantu orang lain.” Ujar Ibrahim Adham memperbetulkan perkara paling asas . Bukan sekadar cerita tetapi cara membuat kesimpulan.

            “ Kenapa memilih untuk menjadi orang dhaif yang hanya hidup bergantung kepada belas ihsan orang lain? Tidakkah datang semangat untuk menjadi seperti helang yang hebat dan berupaya membantu orang lain?”
            Kepala pemuda itu terangguk-angguk faham. Dia tersentak, ada lagi yang tidak disedari dalam pengembaraan hebatnya. Ada sesuatu yang silap, bukan apa yang dilihat tetapi bagaimana dia membuat kesimpulan.

            Benar, nasihat Ibrahim Adham itu masih lagi terpakai sehingga kini. Apa yang dilihat oleh seseorang itu belum tentu dapat memberikannya manfaat. Hal ini dipengaruhi bagaimana dia menterjemah kesimpulan dan membuat perspektif terhadap apa yang dilihatnya.

Ramai orang yang diberi peluang untuk menjelajah ke seluruh pelosok dunia dan melalui pengalaman yang menakjubkan. Malangnya mereka ini tersalah dalam membuat tafsiran serta tersilap merangkum kesimpulan. Di hujung cerita , tiada pengajaran bermakna.


            Oleh itu, dalam menafsir sesuatu kejadian yang berlaku, manfaatkan sepenuhnya anugerah akal yang dikurniakan Allah dengan diiringi hati yang tawajjuh kepada Allah supaya tafsiran yang dilakukan tepat dan bermanfaat untuk diri dan orang lain.

Sebuah buku lama yang ditulis oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani, seorang pendakwah yang terkenal dengan keiltizamannya membawa Islam kepada ummah. Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib memuji karya Asy Syeikh Abdul Halim sebagai bingkisan yang kecil pada saiznya, tetapi sangat besar pada nilai dan pengertiannya. Terutama apabila beliau menjelaskan marhalah dakwah.

Suka saya berkongsi bahan dan hasil baca ini demi sama-sama kita merealisasikan satu usaha murni dalam perjuangan kita untuk membawa Islam sampai kepada setiap insan di mana sampainya cahaya matahari. 

Beberapa Peringkat Dakwah Fardiyyah :

  • Mewujudkan Kasih sayang, kepercayaan dan saling mengenali.
Ia merupakan peringkat (marhalah) pertama dan paling asas dalam dakwah. Ia perlu dilaksanakan dengan baik justeru ia akan memainkan peranan yang besar untuk menjayakan malah menyempurnakan peringkat seterusnya. Terutama dalam usaha untuk meyakinkan dan mempengaruhi sasaran dakwah kita (madu'u).

Pada peringkat ini mempunyai beberapa nokhtah yang perlu diberi perhatian oleh kita khasnya pendakwah :
  1. Percaya kepada pendakwah daripada sudut keikhlasan amalan, dakwah, komitmen agama dan kebaikan yang diserunya.
  2. Percaya kepada wibawa, pemahaman, pengalaman, kesesuaian pendakwah untuk diambil dan diterima segala nasihat dan pandangannya.
Kepercayaan ini tidak akan datang tanpa usaha atau secara spontan. Ia memerlukan pendakwah yang layak dipercayai. Sementara orang yang layak dipercayai ialah orang yang mempunyai akhlak dan adab-adab Islam serta komitmen yang tinggi terhadap hukum hakam Islam.

Mengenali sasaran dakwah (madu'u) secara mendalam dan jelas sehingga dia dapat mengenali personaliti dan kunci kepada peribadinya. Ini meletakkan pendakwah boleh menggunakan cara interaksi yang tepat dan berkesan dalam usaha mempengaruhi dan meyakinkannya. Antara noktah penting untuk mencapai objektif peringkat ini disebut oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani ialah :
  1. Pendakwah mesti mengikhlaskan niatnya dan berdoa untuk sasaran dakwahnya semasa ketiadaannya agar Allah Taala membuka pintu kepada hidayah, melapangkan dadanya kepada dakwah dan menyelamatkannya dari neraka.
  2. Memelihara adab-adab pergaulan dan berbicara dengannya.
  3. Bersungguh-sungguh untuk melihat dan bertemunya secara berterusan serta bertanya khabarnya apabila dia tiada.
  4. Berwajah ceria ketika bertemu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya,"Kamu tidak mampu mengembirakan manusia dengan harta kamu tetapi kamu dapat lakukannya dengan muka berseri dan akhlak yang baik." 
  5. Mulakan dengan salam dan berjabat tangan. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya, "Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kamu? Sampaikanlah salam antara kamu."
Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut lagi bahawa pengukur kepada kejayaan pada peringkat ini ialah melihat kepada bagaimana jawapan kepada soalan-soalan berikut :
  1. Adakah sasaran dakwah menganggap pendakwah sebagai rakan yang lebih istemewa dari rakan-rakannya yang lain?
  2. Adakah sasaran dakwah pernah bercakap dengan pendakwah menggunakan bahasa yang mesra dan biasa ataupun masih bersifat hipokrit atau waspada?
  3. Adakah sasaran dakwah merasa atau memperlihatkan rasa jauh diri atau tidak selesa terhadap beberapa sifat, cara interaksi dan percakapan pendakwah?
  4. Adakah sasaran dakwah merasa minat untuk menziarahi pendakwah? Adakah dia pernah menjemput pendakwah untuk menziarahinya?
  5. Adakah pendakwah dapat merasakan sasaran dakwah memberi respons yang baik terhadapnya pada setiap kali pertemuan, salam, pergaulan, percakapan dan lain-lain?
  6. Adakah sasaran dakwah mula berbicara tentang perasaan, keperihatinan, keadaan dan segala apa yang bermain dimindanya?
  7. Adakah dia menemui pendakwah untuk menyelesaikan segala masalah dan situasi yang menimpanya?
  8. Adakah dia merasakan bahawa pendakwah layak dan sesuai untuk ditanya dan diminta pandangan?
  9. Adakah dia diam untuk mendengar percakapan pendakwah dan menyertainya atau dia akan membantah, membidas atau langsung tidak ambil peduli.
  10. Adakah wujud kesan yang jelas dari amalan bertukar-tukar hadiah antara pendakwah dan sasarannya?
Dengan menjawab semua soalan-soalan ini pendakwah mampu mengukur sejauh mana kejayaannnya pada peringkat yang pertama ini dan sejauh mana ia mencapai matlamat yang diharapkan.

Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masalah yang melanda umat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti (bilangan) penganut, harta benda, kekuatan material atau lain-lain aspek dan kemudahan.

Sebaliknya segala masalah (konflik dan krisis) yang berlaku adalah disebabkan kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu (cinta dunia dan takutkan mati) yang menguasai hati, di samping kelalaian (dengan kemewahan dunia) yang akhirnya melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka.

Umat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah S.A.W dengan mafhumnya,"...Bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti bebusa buih."

Kelemahan umat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat dunia. Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan. Inilah penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini.

Umat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala, kehinaan dan kebejatan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi seseorang Muslim. Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam, bukan hanya perubahan luaran dan kulit semata-mata. Titik mula kepada perubahan ini ialah membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati. Apabila makrifatullah mula menyelinap di dalam hati seseorang manusia, pasti sahaja ia akan berubah menjadi insan yang bertaqwa dan soleh.

Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menggariskan langkah-langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini :
  • Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik, benar-benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah.
  • Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah (madu'u). Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian-pengertian dan cetusan-cetusan iman ketika ziarah, pertemuan dan perbualan.
Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menyarankan agar pendakwah memimpin sasaran dakwah (madu'u) secara praktikal :
  • Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat.
  • Meninggalkan segala dosa, maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya. Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah.
  • Mendorong agar mengikat diri dengan al Quran dan sunnah. Mendengar, membaca, memahami, melaksana dan menghayatinya.
  • Memberikan peringatan (inzaar) dan galakan kepada madu'u (sasaran dakwah).
  • Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah Taala.
  • Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua. Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam, cara hidup yang diwahyukan Allah Taala.
  • Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba-tiba dan azab Allah itu sangatlah pedih.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." - Taha:124

HAFIZI AL-HAFIZ

HAFIZI AL-HAFIZ
Nama beliau Muhammad Hafizi bin Rajiman. Bekas penuntut di SBPI Gombak dan Darul Quran JAKIM. Beliau merupakan aktivis dakwah kerana minatnya yang sangat mendalam dalam dakwah.Beliau mula aktif dalam bidang penulisan sejak pertengahan tahun 2011 dalam blog peribadi beliau, hafizimujahid.blogspot.com

Qalam Qalbi

"Tahap cinta seseorang manusia kepada Allah adalah sejauh mana dia mengenal Allah.''

Popular Posts

Total Pageviews

Followers